gheengiena

Sunday, May 29, 2011

jadi trend pulak kan.. CONTACT LENS ! tahu risikonye~~


Assalamulaikum dan selamata sejahtera para pembaca blog sekalian....Sejak akhir2 ni wujud satu kekeliruan masyarakat tentang penggunaan contact lens (CL) warna. Populariti CL warna yang hangat diperkatakan kini telah menjadi satu ikon dalam fesyen remaja khasnya kaum wanita. Ahli profesional dalam bidang penjagaan mata dah lame menyatakan kebimbangan diorang. Memang btol kan.. makin ramai sekarang yang pakai contact lens even mate die ok lagi sihat ! mesti niat dorang nak kelihatan cantek ibarat MATA KUCING kan !~~

Percambahan bilangan pembeli CL warna yang tidak mendapat sebarang pemeriksaan mata daripada optometris terlebih dahulu, amat membimbangkan....  Ramai sekarang membeli CL warna macam tu je daripada jurujual atau optician yang tidak bertauliah untuk mendispenskan CL. Macam biasa, diorang ni menawarkan harga yang rendah dan macam2 promosi  tanpa mengambil kira kesesuaian dan keselesaan CL tersebut pada mata pelanggan diorang. 


`Kenapa perlu periksa mata? Mata saya takde power pun......'
Soalan kat atas ni adalah antara soalan yang kerap dikemukakan oleh pembeli CL warna tanpa mengetahui bahaya yang ditempah. Pemeriksaan mata perlu dilakukan ke atas semua pemakai CL tak kira sama ada kanta yang dipakai itu berwarna atau tidak, mempunyai 'power' atau sebaliknya. Pentingnya pemeriksaan mata adalah untuk menentukan kesesuaian CL tersebut dengan mata si pemakai. 
Terdapat sebilangan orang yang tak boleh memakai kanta CL langsung disebabkan oleh mata yang terlalu kering, alahan teruk pada kelopak mata atau penghidap penyakit2 mata yang lain. Ada jugak yang hanya boleh memakai CL dalam tempoh masa yang terhad je...Jadi, penting untuk mengetahui sama ada korang sememangnya layak ataupun tidak untuk memakai CL sebelum membelinya. 

CL warna terdapat dalam pelbagai jenama, saiz, corak dan warna. Setiap jenama mempunyai saiz yang berbeza dari segi kelengkungan dasarnya mahupun diameter kanta. Oleh itu pemasangan kanta ke atas mata pemakai akan menunjukkan persembahan (hasil) yang berbeza bagi setiap jenama yang lain. Korang mungkin pernah mencuba CL warna yang mempunyai jenama yang berbeza dan anda akan rasa kelainan setiap satunya. Keselesaan semasa memakai CL warna tak menggambarkan kesesuaian sebenar kanta tersebut pada mata korang. Korang mungkin berasa sangat selesa dengan CL tersebut  tetapi pemasangan kanta tersebut mungkin sangat ketat. 

CL yang ketat boleh menghalang oksigen dan air mata daripada memasuki kawasan kornea. Selepas beberapa jam barulah korang dapat perhatikan mata menjadi merah dan rasa tak selesa mula la timbul. Cuba korang bayangkan sekiranya korang mempunyai sepasang mata yang kurang sensitif, yang biasanya terjadi pada pemakai kanta sentuh yang sudah lama, korang mungkin tak dapat merasai perubahan yang berlaku. Maka, CL akan terus dipakai tanpa menyedari proses pembengkakan kornea (edema) menjadi semakin teruk.  
'Geo Lens' dan seumpamanya adalah jenama contact lens yang dijual secara berleluasa di internet, Dengan harga yang murah dan kononnya boley di 'bertahan' setahun lamanya menyebabkan contact lens ini amat popular dikalangan remaja. Tapi tahukah korang bahawa pemakaian contact lens tanpa pemeriksaan keadaan mata yang lengkap boleh menyebabkan kebutaan?

Kornea yang bengkak memudahkan korang mendapat jangkitan. Sekiranya fenomena ini kerap berlaku, korang mungkin terdedah kepada bahaya kebutaan. Terdapat terlalu banyak laporan dari hospital2 kerajaan dan klinik2 mata tentang penyalahgunaan kanta sentuh yang hampir atau telah menyebabkan kebutaan kepada pemakainya. Keadaan ini bertambah parah jika penjagaan dan masa pemakaian tidak mengikut nasihat optometris dan oftalmologis. 

Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada pemasalahan komplikasi CL ini. Pertama, disebabkan premis optikal yang tidak mempunyai kelayakan tetapi tetap menjual CL. Atau, Optometris yang bertauliah gagal menjalankan pemeriksaan ke atas pemakai CL baru serta tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar pemakaian dan penjagaan CL yang diperlukan. Kedua, pemakai CL itu sendiri yang tidak akur dengan nasihat dan penjagaan CL yang telah disyorkan oleh optometris dan tidak menghadiri sesi ulangan pemeriksaan (aftercare) yang telah diatur.  

Antara penyebab paling ketara berlakunya komplikasi terhadap pemakai CL warna ialah sikap suka berkongsi kanta sentuh dengan rakan2. Ini kerap kali dilaporkan berlaku pada pemakai kanta sentuh 'suka-suka' yang tidak mempunyai sebarang kuasa refraksi (power). Oleh sebab CL tak mempunyai 'power', mereka ni bebas berkongsi kanta sentuh warna. Ramai yang tak mengetahui bahawa penyakit serius boleh berjangkit melalui pemakaian CL antaranya hepatitis B, AIDS dan SARS. Di samping itu, Pengguna jugak perlu sedar tentang risiko ulser kornea yang berkait dengan pemakaian CL warna melebihi had yang disyorkan.  

Terdapat banyak CL warna jenis pakai buang satu bulan di pasaran. Sekiranya pemakai terus menggunakan kanta tersebut melebihi daripada tempoh hayatnya (sebulan), jangkitan dalaman mata, kornea berparut dan lain2 masalah boleh menyebabkan penglihatan terjejas. Dalam kes yang teruk, masalah ini boleh menyebabkan kebutaan. Kene diingat, kanta sentuh warna hanya boleh dipakai dan dibeli daripada Optometris untuk menghindari semua risiko ni. 
Hanya Optometris yang berpengalaman je boleh mengesan risiko2 awal pada mata pemakai kanta sentuh warna. Jangan takut, kalaupun mata korang bermasalah, korang tetap boleh memakai CL, tetapi dengan syarat2 tertentu yang akan diterangkan oleh Optometris. Optometris  jugak boleh menasihat dan memantau pengguna yang bermasalah sebelum keadaan menjadi lebih teruk.  

Kepada bakal2 pemakai contact lens sekelian, jumpalah optometris yang berdekatan dengan korang....Cegah sebelum parah....:)

adios...

P/s : kalau teringin pon .. macam aku ni , kene la ikut ape yang di nasihatkan atas ni.. memang boleh pakai.. tapi bukan la ikut suke hati kite je taw.. 

Wednesday, May 25, 2011

akhirnye , dapat jugak ! even , lambat sikit kan..

yeahhhh , akhirnye .. dapat jugak pegi melayan cite yang semakin digilai rakyat Malaysia.. iaitu... jeng jeng jeng ! NUR KASIH laa , ape lagi kan.. cite yang sangat seimbang dari semua sudut , sebab..... sume mood ade kat dalam muvee tu.. ade romantis , kelakar , suspen , and sebagainye laa.. but , yang paling banyak mood yang ade adalah SEDIH :( .. siap aku pon baru je masuk wayang dah leleh.. haish .. (hati lembut kononnye..hehe ) tu bagi pendapat aku laa.. tapi , x taw la korang kan.. mane taw x sokong pendapat aku ni kan..masing-masing ade pandangan mereka sendiri kan terhadap sesuatu perkara tu..


nur kasih... rase x rugi pulak bayar mahal.. hehe :) tapi kan , mahal ke kalau hari rabu.. haihh itupun nk berkira la aku ni.. hehe


aku rase semua pelakon die bagus2.. best la.. sume dapat hayati watak dengan betul2 sempurna lagi watak utama tu..tiz dengan remy .. bravo ! thumb up ! tapii , akak aku pulak laen pendapat die.. katenye , si nur ni macam x dapat hayati watak dengan betul , mimik muke die time nanges lagi nak buat die gelak.. haihh. tu la kan , orang kate rambut same hitam , hati laen-laen , pendapat pon laen-laen .. tapi , zaman sekarang ni boleh lagi ke gune peribahasa ni ? macam x je ! kan kan kan .. sebab , warne rambut pon sekarang dah banyak warne.. bukan hitam je !..

ok , nak cite pulak psal view cite tu.. haihh .. x perlu nak di sangkal lagi .. pemandangan view die pon mmg SUPERB !  dari drama sampai la ke muvee mmg khabir bhatia punye shoot view sangat sangat la cantek ! nampak macam cerita yang penuh nostalgia laa.. 

*nampak macam puji melambung kan.. ianya bukan nak membodek atau ape ! itu adelah pendapat aku .. tapi  yang belom tengok n x percayai cakap aku .. pergi la try sendri , g tengok sendri.. then, tepuk dada tanye la selera ehh.. haha :)

Tuesday, May 24, 2011

kenapa aku perlu nampak bende-bende yang menyakitkan hati ni !!!!!!!

haish .. pelik pelik pelik.. nape la malang sungguh naseb ! bukan sekali , bukan dua kali , tapi dah banyak kali ! urmm.. boleh pulak kan macam tu.. memang x patut ! kalau la aku crite, bukan aku je yang rase bende ni x patut jadi , tapi mungkin orang yang kat luar pon akan fikir sebegitu rupa jugak ! oppsss , im sorry sebab mmg x boleh sebut kat entry ni ! nanti ade orang terasa pulak ! ~~ haishh 

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr (ibarat kate nabil : lagi banyak R tu lagi marah kan..) kalau boleh nak sampai habes page nak buat R die tu.. tp korang pulak yang akan naek menyampah kan ..

benci benci benci laakenapa mesti cakap bende tu .. kenapa perlu mesra macam tu ... KENAPA ??????? ~~

mood : BENGANG + MARAH + SAKIT HATI TAHAP GABAN !  korang boleh rase perasaan ni ? bolehh ? kalau boleh bagus laaaa .. huhhhhhhhh >.<

Sunday, May 22, 2011

melayan ROOMATE ~~

petang ni melayan crite ROOMATE pulak ! agak sedap cite tuu.. tapi cite ni same ngan cite ORPHAN and   CASE 39th..cite yang suke maen psycho kan.. tapi menarik jugak la..

nak taw cite ni macam mne jalan cite die ?? meh meh .. i g taw.. cite  ni berkisarkan seorang perempuan yang mengalami masalah emosi (Rebecca).. die akan jeles ataupun  cemburu tahap gaban bile rumate die (Sara) tu keluar dengan kawan perempuan yang laen.. ibarat pakwe yang cemburu akan aweknye yang keluar dengan jantan laen ~~ hehe :) tapi , kalau hal pakwe makwe tu .. bukan takat jeles.. mesti dah kene gantung dah.. 

then , disebabkan terlalu sayang akan rumate nye itu ... die akan buat ape saje untuk protect gile gile kawan die tuu.. even , she's willing to kill her rumate's lecturer just because the lecturer was kissed that girl ! its too protective huh ! kalau pakwe kite mesti kan kan kan ? hehe 

then , the rumate dah fedup and dah taw yang die ni ade masalah emosi .. then , she decided to move to another room.. the girl that have emotional problem tu feel betrayed and die pon decided to get rid sume orang yang rapat dengan rumate die tu.. cruel kan.. pelik aku ! kalau orang x nak tu .. dah la..xyah la nak sebok2! get ur own life la.. 

finally , time rebecca nak bunuh kawan rapat Sara..iaitu Irene.. Sara dapat selamtkan Irene and BUNUH si Rebecca tu.. suke aku ! kalau die hidup pon menyusahkan orang kan.. jahat ehh.. 

tapi la kan.. kalau korang nak full story its better korang tengok sendri kan.. mane taw aku ubah2 ke an.. hehe..

tapi , dalam sedang khusyuk menonton tu.. dalam muvie nak habes tu .. Sara's ex datang to her college.. ayoooo, mata menjadi bulat sebentar melihat laki ganteng itu ! sangat sangat comel dan hensem.. kan orang kate sambil menyelam minum air kan..then, same goes with me.. sambil tgk muvee, sambil cuci mate tgk mane yang hensem kan..
kalau korg x caye.. tengok la kehensaman die ni .. and bandingkan dengan pakwe baru si Sara ni.. haish .. rugi rugi si Sara ni..
EX SARA
NEW BF SARA 
 mesti la ex die lagi hensem kan kan kan.. haish rugi si sara ni .. :)

kebetulan !

haish .. sedang berblogwalking sebentar tadi.. terjumpe laa.. satu contest yang bertajuk 
" Pencarian Bloglist Untuk Blog transparent-mashi " 
rase ringan pulak tangan ni nak menekan contest tu kan.. ok la.. x rugi ape pon kan.. haa .. ni contest tu.. korang nak join.. pon boleh ! ape salahnye kan.. 



kalau la terpilih kan.. boleh ke tambah follower aku ni ? *masih bertanye dan dalam kekeliruan.. 
HAHA 

Saturday, May 21, 2011

demam SURVIVOR pulak !

ehem ehem .. nak kate cite SURVIVOR tu baru lagi.. but , cite tu dah berkurun lamenye dah kan.. siap dah bape season dah kan.. tu yang aku pon dalam sedar x sedar dah sampai SEASON 16 dah.. 
suke tgk cite ni coz a lot of challenges activities yang dilakukan ! and , the important thing , mereka sanggup dok kat hutan tu .. atau perkataan lain.. kat pulau tu ! dengan mandi x bersabun , dengan makan hanya bertujuan nak alas perut je ! geli aku tengok dorg tdo.. kat dalam pondok then ade tikus , ulat ngan segala punye serangge ade kat situ ..untuk dapatkan ganjaran duet tu.. kalau aku minta ampun la ye.. sanggup balik dari nak dapat kan duet tu..

tapi , kalau fikir due kali.. sape x nak USD 1 million kan kan kan ? orang gile pon nak agaknyee.. hehe :)
 haa , kalau korang .. boleh ke tolak duet cam ni.. memang tak kankankan ? hehe :)

paling suke part time dorang berlawan to get reward or immunity, atau kate laen .. immunity tu macam satu ganjaran kt dorang , so that ahli kat kumpulan die jugak x boleh undi die keluar ! haaa , kalau dah dapat immunity tu kan dah selamat tu.. x yah nak risau2 dah kan ! 
immunity untuk group competition 

immunty neklace untuk individual competiton

haa , ni la immunity tu.. die ade immunity idol and also immunity neklace.. tapi tugas die same je ! nak selamatkan orang yang dapat memilikinye.. 

urmm , berpatah balik pada activities in survivor yang sangat challenging kan.. memang challenging pon ! siap aku yang x masuk kat competition tu pon bising je .. siap akak aku bising.. "ko ni nak tengok tu senyap je la !"... hehe :) kan dah kene marah ~~

game die ade kat darat and also air ! dari game yang perlukan strategy sampai la ke game yang perlukan kekuatan mental and fizikal ~~ seronok tengok .. yang peling penting , the overall games mesti ending dengan PUZZLES.. unique huh !



hehe :) nak gedik kejap la.. yang paling paling paling penting kat SURVIVOR ni ialah HOSTnye.. ni haaa hostnye.. 
 comel kan jeff pobst ni ! ensem pon ade.. hehe :) gatai nooo.. host ni x pernah tukar ok dari season 1 .. kalau x silap aku la kan.. huhu :)

Friday, May 20, 2011

hobi baru erk ??

assalammualaikumm... tok tok tok .. nak masuk boleh ! hehe :) alah , gheen oii x payah nak ketuk bagai ! mmg rumah ko pon kan.. 

ok la.. berbalik pade tajuk kat nun di atas tu.. HOBI BARU ERK ?? .. urmm.. actually ni bukan la hobi baru pon.. n mmg bukan hobi utama pon .. it just saje saje suke menyimpan bende2 yang pelik2.. haaa , jgan fikir bukan2.. 

haa , bende yang aku maksudkan adalah ini..............kejap ehhh..

* #1


ni la bendenye.. ape namenye tu.. patung voodoo.. urmm.. tu la namenye ! PATUNG VOODOO yang nak kenekan orang len tu.. tapi aku x de la niat ataupun hasrat buruk camtu ye.. jgan buruk sangke ! yang ni name die HITAM .. macam perompak kan kan kan ? ishishish pe nak jadi patung  ni.. hehehe :) even die perompak pon.. tu la yang aku sayang jugak kan.. yang aku pilih time nak beli tu.. 

*#2



yang second thing among them yang aku sayang jugak ! comel kan kan kan.. akak aku kasi time die g trip g pulau tioman.. patung voodoo ni pakai goggles ok ! stylo mylo la..siap suar pendek die lagi.. yang due2 ni baru lagi.. so , tu yang nampak baru .. nampak SUCI je kan.. sebab, al maklum la.. bende baru tu yang sayang habes ! 

nak tgk yang paling lama bersame ngan aku .. meh meh ..

*#3
haaa , yang ni paling kecian.. dah lame ngan aku.. selalu je ade kat pendrive aku tu.. buat keychain pendrive kan.. ni jugak la yang paling BURUK EVER ! sedih aku tgk ! tu la gheen , ganas sgt.. kan dah jadi teruk patung tu.. tgk la tu .. baju die dah compang camping dah.. hehe :) tangan die tu siap dah patah..mata dah bute, rambut pon dah gugur ! kecian aku tengok ! tangan tu gare2 adek aku la tu.. gtal betul tangan g usik barang aku kan.. bia la pic 1 je.. sebab dah buruk kan.. x yah byak2 la.. 

xpela.. even , dah buruk pon.. tetap sayang .. tu pasal la sayang nak ganti yang baru ..sayang duet jugak nak beli yang baru kan.. hehehe :) 

tapi sekarang masih mengumpul harte ni .. mane taw nanti dapat simpan satu almari banyaknye.. kan kan kan ? 

nak kumpul mcam2 character la.. macam ni...............dah macam keluarge je ! hehe :)


today's mood :

mood harini agak calm.. cuaca hari ni pon setuju dengan mood aku yang menunjukkan keadaan yang tenang lagi damai..berbanding 2 3 hari yang lepas.. hujan pulak ! lagi la rase nak tertido aje.. 

haa, aku pon ade upload pic yang boleh menunjukkan mood aku yang tenang ni...meh jom tengok !! hehe 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
eh eh , silap silap .. ni ngah marah punye laa.. silap laa.. tukar tukar ! 

yang ni baru la betul ... rase tenteram je tgk.. hari yang penuh indah kan.. kite perlu mengisi hari ini dengan perkara2 befaedah .. 


kan relax tu.. kan kan kan ?? hehe ... tapi dalam damai tu ade kebosanan jugak ! sebab xde bende nak buat time holiday ni.. 

Thursday, May 19, 2011

lagi lagi.. tips tok kawan2 ~~

Assalamualaikum…

Haaaa… Jeng jeng jeng!! Lagi tips untuk lelaki!! Lelaki macam mana yang disukai wanita? Sebenarnya seseorang perempuan tu suka kat seseorang lelaki bukan sebab rupa paras, bukan sebab harta… Tapi sebab identity yang ada pada seseorang tu. Attitudenye. Nak tau apa? Jeng jeng jeng…

Pertama, lelaki yang mempunyai keyakinan.
Okep. Lelaki, korang kena yakin pada diri sendiri. Yang outspoken. Kita tau la kan, bila orang tu yakin, apa yang dia buat tu mesti yakin. Biar si awek ni terbeliak pandang. Ini tak, tanya ini, jawap ntah! Tanya itu, jawap ntah! Haish… Cuba kasi nampak matang sikit.

Kedua, lelaki yang berani.
Tak perlu gagah. Tak perlu kuat. Tapi kena berani. Yela kan, nak bawak awek pegi jalan, takkan nak sembunyi belakang awek… Kena la tunjuk sikap keberanian tu. Kalau nak pegi mana2 kan, senang masuk sana, masuk sini. Sampai. Ini tak, duk takut2 tak tentu pasal. Spoil laaa…

Ketiga, lelaki yang pembersih
Bersih!! Perkara pertama tengok, kuku. Pastikan kuku anda bersih! Tak ada hitam2… Jaga kekemasan diri. Bau badan kena jaga. Kekemasan tu sangat penting la rasanya. First impression.

Keempat, lelaki yang tegas
Ini rasanya semua pompuan suka. Bukan garang tapi tegas. Bila tegas, nak tak nak kita kaum pompuan ni rasa hormat la kan. Macam, haaaa laki aku ni tak boleh macam ni, kalau macam ni dia akan macam ni… Haaa mcm tu la… So pompuan ni takut la sikit kan. Tak payah la naik tangan, naik kaki.

Kelima, lelaki romantic dan kelakar.
Phewwwitttt…. Muka legend, tapi hati cute!! I loikeee!!! Tapi jangan la terlalu romantic, nanti kang tak pasal2 tadah baldi. Geli kowt… Romantik ni tak perlu tunjuk everytime. Sekali sekala cukup. Cukup untuk bagitau kat pasangan yang sebenarnya kita tu romantic. Tapi kalau kelakar, kena tunjuk. Hahahaha... Nak majuk pun tak jadi tauuuu.... Haaaa...

Keenam, lelaki penyabar.
Yela kan pompuan ni banyak kerenah. Skejap2 nak gedik2… Pastu tiba2 nak marah2… Pastu nak majuk la, nak tu la ni la… Hahahahaa… Tetttttttttttttt… Memang itu la sifatnya, nak buat macam mana kan. So, sabar aje la yek. So, lelaki tak perlu nak cepat marah. Cool bebeh!!

Ketujuh, lelaki yang punyai pekerjaan
Ini penting. Bukan nk tengok pada harta kekayaan. Tapi pada masa depan. Kalau boleh, cari lah kerja yang boleh nak tanggung keluarga. Sebab masa akan datang kita tak tau lagi macam mana kan. Komitmen. Penting. Tak perlu kerja yang gah! Cukup lah mampu untuk menyara keluarga… Apa pun, rezeki kena selalu berdoa la kan…


Haaaa itu aja kot ciri2 lelaki idaman wanita. Hurmm... Banyak lagi sebenarnya, tapi terpulang lah pada masing2 kan... Tapi yang penting, mempunyai didikan agama yang kuat untuk membimbing keluarga masa akan datang... 


saya dah jumpe SEORANG.,. anda bila lagi.. hehe :)